fbpx
Keadaan MPV jenis Nissan Serena dinaiki tiga mangsa selepas bertembung dengan sebuah van di Kilometer 55, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat RKT Kesedar Paloh, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

CEO syarikat, dua pekerja maut nahas MPV bertembung van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Hasrat seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pengangkutan dan pembekalan bahan api bersama tiga pekerja untuk menghadiri kursus di ibu negara tidak kesampaian apabila lelaki itu dan dua anak buahnya maut dalam nahas di Kilometer 55, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari itu, Nik Razizi Nik Rahim, 55, yang merupakan CEO syarikat tersebut bersama dua pekerjanya, Mohamed Saiful Kamaruzaman, 33, dan Nik Azmi Nik Othman, 47, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah.

Pemandu MPV itu, Nik Mohd. Faizol Nik Abd. Aziz, 42, yang merupakan pembantu am atau pengisi minyak (refueller) bagi syarikat tersebut selamat apabila mengalami kecederaan pada bahagian kaki, paha dan kepala.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, Nik Razizi bersama tiga pekerjanya yang merupakan pengisi minyak syarikat itu sedang menaiki MPV tersebut dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus.

Keadaan van jenis Toyota Hiace selepas bertembung dengan sebuah MPV di Kilometer 55, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat RKT Kesedar Paloh, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, MPV berkenaan dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah van jenis Toyota Hiace.

“Akibat jarak terlalu dekat, van itu tidak sempat mengelak dan bertembung dengan MPV tersebut. Kemalangan itu menyebabkan MPV tersebut berpusing sebelum merempuh tembok batu penghadang jalan di kiri jalan menghala ke Gua Musang,” katanya.

Choon Foo memberitahu, tiga mangsa yang merupakan penumpang MPV itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu van Toyota Hiace, Mohammad Ridhwan Mohd. Zawawi, 27, patah tangan dan kaki. Penumpang kenderaan itu, Hasuzi Abdullah, 48, mengalami pendarahan dalam otak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN