fbpx
Fadhlina ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2026 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, Seberang Perai hari ini. - Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

BAP perlu diberi RM150 tidak boleh kurang 10 sen – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) menggesa ibu bapa menyalurkan aduan sekiranya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 bagi setiap anak mereka tidak diterima sepenuhnya.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian tidak membenarkan wang tersebut diagihkan secara lain, termasuk dibayar terus ke yuran atau pembelian barangan tanpa diserahkan terlebih dahulu kepada ibu bapa.

“Ini peringatan yang kita berikan saban tahun. RM150 ini memang diperuntukkan oleh Kerajaan Madani untuk persiapan sekolah. Jadi, kalau ada bayaran lain atau yuran, ia perlu diselesaikan melalui cara lain. RM150 hanya untuk bantuan persekolahan dan mesti diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa.

“Jadi, kalau ada ibu bapa yang tak terima RM150, kurang 10 sen ke, kurang RM1, dia kena beritahu pada kita kerana jumlah itu tidak boleh berkurangan. Mesti terima RM150 itu sepenuhnya untuk bantuan persekolahan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah, di sini hari ini.

Menerusi program itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menerima peruntukan BAP berjumlah lebih RM34.1 juta bagi lebih 227,000 murid dan pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI