fbpx
Suspek ketika dibawa ke bangunan SPRM Pulau Pinang hari ini untuk permohonan perintah reman.

ASP direman bantu siasatan kes rasuah lebih RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) direman empat hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000 sekitar tahun 2016 hingga 2021.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 58 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada lima individu. Ini merupakan kali pertama suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya di sinu, hari ini. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN