KECERDASAN buatan (AI) telah mencetuskan transformasi besar dalam dunia muzik menerusi inovasi yang relevan dengan keperluan kreatif masa kini. Kewujudan aplikasi muzik AI semakin mencuri perhatian pencipta kandungan, pemuzik bebas dan penggiat industri kreatif di seluruh dunia. Antara aplikasi mendapat tempat dalam kalangan pengguna ialah Eleven AI Music Generator yang menawarkan pendekatan baharu dalam penciptaan muzik dengan memanfaatkan teknologi AI. Berdasarkan pemerhatian K-Tekno, platform itu berupaya menghasilkan komposisi muzik secara automatik, pantas dan fleksibel, tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang mendalam.……














