fbpx
Hantaran memaparkan Tunku Azizah melawat bayi hasil IVF tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) di Hospital Selayang, semalam.

15 tahun tunggu timang anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penantian sepasang suami isteri selama 15 tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya berakhir apabila bayi sulung mereka hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) selamat dilahirkan pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Kesultanan Pahang, pasangan Abdul Aziz Abd. Halim dan Noor Hamira Mohd. Sani meluahkan rasa syukur serta gembira atas kelahiran bayi lelaki seberat 2.97 kilogram yang diberi nama Mikhael dalam keadaan sihat.

Menurut pasangan itu, kehadiran Mikhael amat bermakna selepas melalui tempoh panjang mencuba untuk mendapatkan zuriat, selain berdepan pelbagai cabaran sepanjang 15 tahun perkahwinan.

Kegembiraan tersebut turut dikongsi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang melawat ibu dan bayi di Hospital Selayang, semalam.

Mikhael merupakan bayi ke-150 yang dilahirkan hasil rawatan tajaan TAFF sejak penubuhannya pada tahun 2004.

TAFF ditubuhkan atas inisiatif Tunku Azizah bagi membantu pasangan suami isteri yang berdepan kesukaran mendapatkan zuriat.

Sehingga kini, yayasan berkenaan telah menaja seramai 553 pasangan suami isteri di seluruh negara bagi menjalani rawatan kesuburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN