fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan orang ramai cuba menyelamatkan mangsa kemalangan di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam tadi.

[VIDEO] Lelaki Pakistan beri lampu tinggi sebelum rempuh tembok tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemandu kereta yang terbabas di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam tadi, dikatakan sempat memberi lampu tinggi sebagai tanda amaran.

Menerusi hantaran rakaman, seorang lelaki berkongsi rakaman orang ramai cuba membantu mangsa kemalangan yang terbabas sehingga melanggar tembok plaza tol tersebut.

Dalam hantaran perkongsian itu, pengguna TikTok @Eyqin_1993 berkata pemandu kereta itu sempat memberi lampu tinggi sebagai tanda amaran.

“Sekurangnya dia cuba untuk mengelak dan tak langgar kereta lain. Siap bagi lampu tinggi,” katanya.

Video berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan orang ramai cuba memecahkan tingkap kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) menggunakan palam pencucuh motosikal.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu dipercayai pemandu kereta dilaporkan maut manakala seorang lagi penumpang hadapan mengalami kecederaan parah.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati akan situasi tersebut.

“Kami lalu semalam, memang jalan sesak teruk. Semasa lalu semalam, tengok-tengok ada yang terbaring ditutup dengan kain,” komen @Aina85.

“Kasihannya. Mungkin memang kereta itu bermasalah. Sebab tengok rakaman papan pemuka, mangsa bagi lampu tinggi untuk beri amaran kepada pemandu lain,” komen @I.eka. –KOSMO! ONLINE

@penangkiniKejadian jam 1030 malam di Plaza Toll Sungai Dua. Dilaporkan seorang meninggal dunia. Video kemalangan semasa rempuhan Kejadian Boleh Lihat di FBe Page Penang Kimi.

♬ original sound – Penang Kini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI