fbpx
Antara aktiviti pelajar Tahun Satu sempena hari pertama pembukaan sekolah di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, di sini. Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

Tiada pembelajaran formal minggu pertama sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Jumlah kemasukan murid tahun satu di Pulau Pinang bagi sesi persekolahan 2026 merekodkan sedikit penurunan apabila seramai 19,705 murid memulakan persekolahan tahun ini berbanding 20,197 murid pada tahun lalu.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Mohamd Dziauddin Mat Saad berkata, angka tersebut menunjukkan pengurangan seramai 492 murid yang dipercayai dipengaruhi oleh faktor kadar kelahiran semasa.

”Bagi sesi 2026, seramai 19,705 murid Tahun Satu mendaftar di seluruh negeri Pulau Pinang, melibatkan 9,558 murid perempuan dan 10,147 murid lelaki,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi pemuafakatan Kementerian Pendidikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di SK Tan Sri Awang Had Salleh di sini hari ini.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut majoriti murid Tahun Satu adalah berbangsa Melayu seramai 12,755 orang, diikuti Cina (5,022), India (1,514) dan lain-lain kaum (414).

Tambahnya, bagi minggu pertama persekolahan, tiada sesi pembelajaran formal dilaksanakan selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) sebaliknya murid akan menjalani aktiviti penyesuaian diri seperti suai kenal dengan guru dan rakan, aktiviti keceriaan, gotong-royong serta sukan ringan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak sekolah digalakkan untuk melaksanakan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada murid pada minggu pertama kerana peruntukan telah dikreditkan ke akaun sekolah bermula 8 Januari lalu.

”Ini bagi memudahkan waris yang menghantar anak pada hari pertama untuk terus menerima bantuan persekolahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN