fbpx
Aminuddin Hassim (Tengah) bersama warga Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Onn Jaafar, Simpang Renggam, Kluang ketika hadir ke program Kembali ke Sekolah hari ini. Foto ADNAN IBRAHIM/KOSMO!

Sekolah terjejas di Sabah, Sarawak dibuka selepas banjir pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak yang terjejas akibat banjir akan dibuka semula selepas keadaan pulih dan disahkan selamat oleh pihak berkuasa berkaitan.

Penangguhan pembukaan sekolah yang terbabit terlibat dibuat berikutan sebahagian murid masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim
berkata, laporan terkini mendapati kebanyakan sekolah yang terkesan banjir berada di sekitar Kuching serta beberapa daerah lain di Sarawak.

Katanya, apabila keadaan kembali kepada sediakala kita akan laksanakan sesi persekolahan dan sekolah dibenarkan beroperasi semula.

“KPM berharap keadaan banjir pulih sepenuhnya dalam masa terdekat agar sesi persekolahan dapat dilaksanakan semula seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sempena Program Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, Simpang Renggam di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI