fbpx
Anggota PGA mengawal lokasi sebelum kerja-kerja perobohan pangkalan haram dilakukan di Rantau Panjang baru-baru ini.

Perobohan 216 jeti haram di Sungai Golok selesai Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Kerja-kerja meroboh 216 jeti haram atas tanah kerajaan di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang aktiviti penyeludupan dijangka selesai pada Mac ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara Kelantan, Datuk Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, setakat ini, sebanyak 25 pangkalan haram melibatkan jeti berstruktur dirobohkan sejak operasi dilaksanakan pada 28 Oktober lalu.

Menurutnya, operasi itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan pada hujung bulan lalu berikutan banjir dan dijangka selesai Mac ini.

“Terdapat 96 pangkalan haram yang berstruktur (atas tanah kerajaan). Buat masa ini, jeti haram atas tanah persendirian masih belum dirobohkan,” katanya ketika ditemui semasa melawat Pos Pasukan Gerakan Am Pak Teh Kana di Kampung Tersang di sini hari ini.

Mohd. A. Aruwan memberitahu, kerja-kerja perobohan pangkalan haram di Sungai Golok melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi peringkat Persekutuan dan negeri.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, kerja-kerja meroboh jeti haram di sepanjang Sungai Golok bagi mengekang aktiviti penyeludupan bermula 28 Oktober lalu dengan pangkalan haram Gergaji dan MCA menjadi perintis.

Operasi dijangka mengambil masa selama dua bulan melibatkan 223 pangkalan haram dari Pengkalan Kubor hingga Jeli dengan tujuh daripadanya didirikan atas tanah milik persendirian.

Justeru, semua penduduk perlu memberi kerjasama sepanjang pelaksanaan operasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI