fbpx
Gambar hiasan

Peniaga tawar hadiah beli vape didenda RM7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Gara-gara menawarkan hadiah percuma untuk setiap pembelian rokok elektronik (vape), seorang peniaga didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini.

Tun Mohd. Anuar Tuan Mohd., 41, selaku orang kena saman (OKS) turut didenda RM3,000 atas kesalahan gagal mempamerkan tanda amaran larangan jualan produk merokok kepada individu berusia bawah 18 tahun di premisnya.

Majistret Nur Athirah Hashim menjatuhkan hukuman itu selepas OKS mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut. Mengikut pertuduhan pertama, OKS didakwa menjual bahan merokok bersama barang sebagai hadiah di premis perniagaannya di Hulu Terengganu pada 26 Februari 2025.

Oleh itu, dia melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan didakwa mengikut Seksyen 12(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

OKS turut didakwa gagal mempamerkan tanda amaran larangan jualan produk merokok mengikut Seksyen 10(1) akta sama. Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kesihatan Terengganu, Alias Awang Kechik, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI