Nasdaq: OCG
NEW YORK, 12 Januari 2026 /PRNewswire/ — Oriental Culture Holding LTD (Nasdaq: OCG) mengumumkan pada hari ini Lembaga Pengarahnya meluluskan pelan dividen tunai khas bagi meraikan ulang tahun kelima penyenaraian syarikat ini pada Nasdaq dan memberi ganjaran kepada para pemegang saham atas sokongan jangka panjang mereka.
Butiran dividen khusus ini adalah seperti berikut:
- Jenis Dividen: Dividen Tunai Khas
- Pemegang Saham yang Layak: Pemegang Saham yang direkodkan setakat 22 Januari 2026
- Amaun Dividen: AS$0.05 sesaham (berdasarkan saham diterbitkan setakat tarikh rekod 22 Januari 2026)
- Tarikh Pembayaran: 9 Februari 2026
Ketua Pegawai Eksekutif OCG, Shao Yi menyatakan: "Selepas memperoleh dana yang diperlukan untuk operasi dan pembangunan yang sedang berjalan, syarikat ini memutuskan untuk memulangkan sebahagian daripada rizab tunai terkumpul daripada tahun-tahun sebelumnya kepada para pemegang saham sebagai dividen. Hal ini memperlihatkan komitmen kami untuk memberi ganjaran atas sokongan pemegang saham dan berkongsi pencapaian pertumbuhan kami. Dividen ini menjadi tanda penghargaan kami yang tulus atas perkongsian selama lima tahun oleh para pemegang saham. Kami benar-benar percaya bahawa tatkala membangunkan perniagaan kami secara aktif, kami juga harus memberi ganjaran secara langsung kepada para pemegang saham bagi memupuk penciptaan nilai dalam tempoh jangka panjang."
Pelan dividen ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada 8 Januari 2026 dan pelaksanaannya akan mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan.
Kenyataan Pandang ke Hadapan: Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Keputusan sebenar mungkin banyak bezanya daripada yang dinyatakan atau dibayangkan lantaran risiko dan ketidakpastian. OCG tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini maklumat ini.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4859943_MS59943_6














