fbpx
DR. MUHAMAD AKMAL ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON/KOSMO!

Dr. Akmal minta restu Presiden UMNO, Ketua Menteri sebelum umum keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sebelum membuat sebarang pengumuman berhubung kedudukannya dalam parti dan kerajaan negeri.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan setiap keputusan adalah berhemah dan berpandukan suara akar umbi, selain menghormati kepimpinan tertinggi parti serta kerajaan negeri.

“Apa pun saya percaya, kuasa Ketua Menteri Melaka yang memilih saya sebagai Exco, maka saya perlu akur dan ikut apa yang diperkatakan dan kuasa Presiden yang memilih saya untuk mewakili parti untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Jadi ini dua insan yang perlu saya dapatkan persetujuan dan pandangan sebelum umum apa-apa pada Perhimpunan Agong UMNO (PAU) Khamis ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri proses mediasi berhubung kes saman fitnah Teresa Kok hari ini.

Menurutnya, sebarang tindakan rasmi termasuk kemungkinan menyerahkan surat rasmi kepada pihak berkaitan adalah bergantung kepada hasil perbincangan tersebut.

“Saya tak nak mengecewakan suara yang telah kita bawa, maka sebagai pemimpin yang ada tanggungjawab, suara akar umbi di bawah yang perlu kita angkat ke atas. Harapan saya adalah suara mereka tidak diketepikan. Ini bukan soal jawatan, saya sayang UMNO,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah memulakan serangan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya hanya mempertahankan perkara yang wajar termasu isu polemik seperti stoking dan logo halal yang terlebih dahulu dibangkitkan oleh pihak lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN