fbpx
ANGGOTA bomba menjalankan operasi membuka rumah yang berkunci di Jalan Tanjung Seberang Kati, Kampung Cheh Hilir di Kuala Kangsar semalam.

Mayat wanita ditemui tertiarap dalam rumah berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Mayat seorang wanita ditemukan dalam sebuah rumah berkunci di Jalan Tanjung Seberang Kati, Kampung Cheh Hilir di Kuala Kangsar semalam.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 8.44 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membantu membuka pintu rumah yang terkunci.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati pintu rumah tersebut berkunci dari dalam dan pihak polis telah berada di lokasi kejadian.

“Anggota bomba kemudian bertindak membuka pintu rumah berkenaan sebelum menemui seorang wanita berusia lingkungan 55 tahun dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri di ruang dapur,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia.

“Setelah siasatan dijalankan, anggota kemudian membantu mengangkat mayat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI