fbpx
Kamal Adli ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Kamal Adli kelihatan cengkung, susut berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas digugat dengan permohonan cerai dibuat isteri, Uqasha Senrose sejak Oktober tahun lalu, berat badan pelakon Kamal Adli dilihat semakin susut serta cengkung ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Terdahulu, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi ditemani peguamnya, Abdul Hadi Mohamad Salleh.

Berdasarkan pemerhatian wartawan Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, hadir dengan wajah sugul selain kelihatan agak cengkung berbanding ketika hadir pada prosiding sebelum ini.

Apabila diajukan dengan pertanyaan-pertanyaan wartawan pelakon tersebut agak sukar untuk melontarkan kata-kata seperti ditemu bual ketika prosiding sebelum ini.

Kamal Adli mengakui pasrah dan reda menanti keputusan prosiding hakam berhubung rumah tangganya.

Sementara itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, yang hadir berasingan tidak mengulas panjang mengenai prosiding tersebut selain meminta orang ramai mendoakan perkara yang baik-baik.

Hari ini dijadualkan untuk peringkat kedua proses hakam keluarga sebelum mahkamah membuat penentuan seterusnya. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI