fbpx
Rusmini (kanan) menyantuni pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Dato Ali Ahmad di Kangar, hari ini.

Isu sekolah kurang murid sebab faktor lokaliti, demografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Isu sekolah kurang murid perlu dilihat secara menyeluruh berikutan jumlah kemasukan murid turut dipengaruhi oleh faktor lokaliti dan demografi sesuatu kawasan.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr. Rusmini Ku Ahmad berkata, sehingga kini masih terdapat beberapa sekolah di seluruh negara yang mengalami kekurangan murid dengan jumlah enrolmen 150 orang dan ke bawah.

“Sekolah kurang murid setakat ini masih ada, kalau kita lihat enrolmen yang di bawah 150 orang itu adalah ditakrifkan sebagai sekolah kurang murid.

“Semalam saya berada di Kedah dan terdapat sekolah dengan enrolmen seramai 860 murid,” katanya kepada pemberita pada hari pertama pembukaan sekolah sesi 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Ahmad, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung sekolah-sekolah di negara ini yang berdepan situasi kekurangan murid.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, tahun ini merupakan tahun penting buat Kementerian Pendidikan apabila Pelan Pembangunan Pendidikan 2026–2035 dijadualkan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu hadapan.

“Pelan itu merupakan kesinambungan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013–2025 yang akan menetapkan serta memberi penekanan kepada usaha merapatkan jurang dan meningkatkan kualiti pendidikan,” ujarnya.

Tambahnya, pihak kementerian juga sedang dalam proses membekalkan kemudahan televisyen litar tertutup (CCTV) di sekolah secara berperingkat selepas ini.

Pada tahun ini, seramai 24,054 murid tahun satu direkodkan mendaftar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di seluruh negeri ini.

Selain itu, seramai 3,923 pelajar tingkatan satu direkodkan mendaftar bagi sesi persekolahan 2026 melibatkan kelas aliran perdana, kelas peralihan dan sekolah agama swasta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI