fbpx
MABATSHOEV Shervoni giat menjalani latihan dan kepantasannya dijangka akan jadi taruhan utama buat pasukan. - TFC

Dua import Tajikistan jadi taruhan baharu TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) membawa masuk dua pemain Tajikistan sebagai import baharu bagi memperkuatkan semula jentera tengah pasukan mengharungi baki saingan musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn. Bhd., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata, dua pemain itu adalah Ehsoni Panshanbe dan Mabatshoev Shervoni, masing-masing bermain di posisi tengah dan sayap.

“Panshanbe yang berusia 27 tahun dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nurillo Tukhtasinov. Beliau diyakini mampu memberi kestabilan, kreativiti dan kawalan permainan yang lebih mantap di bahagian tengah pasukan.

“Shervoni pula yang sebelum ini beraksi bersama FC Regar TadAZ bakal menjalankan peranan sebagai pemain sokongan terhadap jentera serangan TFC. Beliau diyakini memberi variasi dalam corak serangan pasukan menerusi kepantasan serta keupayaannya mencipta peluang kepada rakan sepasukan,” katanya.

Sheikh Farouk berkata, kedua-dua pemain kebangsaan Tajikistan itu menandatangani kontrak selama setahun.

Sebelum ini, TFC sudah pun mengikat penyerang muda negara, Haqimi Azim Rosli.

Kehadiran Haqimi memberikan impak segera apabila mencipta umpanan jaringan ketika menang 1-0 ke atas PDRM FC, Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI