fbpx
WAN ROSDY menyampaikan Kit Tunas Makmur kepada pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bentong, di Bentong hari ini.

68,000 pelajar Pahang terima manfaat Program Tunas Makmur 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Seramai 68,000 pelajar di seluruh negeri ini menerima manfaat menerusi Program Tunas Makmur 2026 yang diteruskan kerajaan negeri Pahang bagi meringankan beban persekolahan anak-anak, khususnya daripada golongan miskin dan miskin tegar.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program di bawah Inisiatif Makmur Pahang yang dilaksanakan sejak 2022 itu menyediakan set bantuan peralatan pembelajaran lengkap dan berjenama bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Bantuan ini merangkumi beg sekolah, alat tulis serta kelengkapan pembelajaran, manakala pelajar sekolah menengah turut menerima kalkulator saintifik dan set geometri.

“Bagi memperkukuhkan lagi sokongan kepada keluarga pelajar, kerajaan negeri turut memperkenalkan baucar pakaian sekolah bernilai RM100 sebagai penambahbaikan program pada tahun ini,”katanya selepas sesi penyampaian Kit Tunas Makmur kepada 130 pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bentong, di sini hari ini.

Menurutnya, baucar berkenaan boleh ditebus di Pasaraya Sakan, Pusat Pakaian Hari-Hari, MBS Bookstore dan Rex Trading, sekali gus memberi lebih pilihan kepada ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak.

Tambahnya, program itu melibatkan semua pelajar tahun satu serta pelajar miskin tegar dari tahun dua hingga tingkatan lima dengan siling peruntukan keseluruhan sebanyak RM14.8 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN