fbpx
GAMBAR fail seorang lelaki yang botak. - Foto Getty Images

Wanita buat laporan polis, tak suka suami botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang wanita di India membuat laporan polis selepas mendapati bahawa suaminya sebenarnya botak setelah dua tahun mereka tinggal sebumbung, lapor laman berita Oddity Central.

Lavika Gupta dari bandar Noida, negeri Uttar Pradesh baru-baru ini membuat laporan terhadap suami dan empat ahli keluarga mentuanya.

Wanita itu mendakwa bahawa dia telah ditipu ketika bersetuju untuk berkahwin dengan suaminya pada tahun 2024.

Antara tuduhannya adalah dia dijanjikan seorang lelaki berambut lebat dan sihat, namun sebenarnya dikahwinkan dengan lelaki botak yang memakai rambut palsu.

“Selepas berkahwin, saya juga mendapati bahawa suami saya hanya lulus Kelas 12,” kata Lavika.

Biodata lelaki tersebut menunjukkan bahawa dia mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan menipu mempunyai pendapatan sebanyak 1,800,000 rupee (RM81,000). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN