fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan Siti Nurhaliza melompat ke atas pentas sebagai pembukaan lagu Kesuma di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di SNBJ, semalam.

[VIDEO] ‘Tinggi Siti melompat, tenaga memang no 1’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melompat ke atas pentas ketika Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok, penyanyi nombor satu negara itu dirakam bersedia di belakang pentas sebelum melompat naik dengan penuh bertenaga.

“Lompatan maut TokTi penuh mega di hadapan 65,000 sitizoners (peminat),” katanya.

Difahamkan, aksi tersebut dilakukan sebagai pembukaan persembahan lagu ‘Kesuma’ bersama penari tradisional, sekali gus mengundang sorakan gemuruh daripada ribuan peminat.

Sementara itu, seorang pengguna turut memuji tenaga Siti Nurhaliza, sekali gus membuatkan orang ramai terpukau.

“Tinggi Siti melompat. Tenaganya memang nombor satu, suara memang tak dapat dipertikaikan,” kata pengguna TikTok lain.

Menerusi ruangan komen, ramai meluahkan rasa teruja selain menyifatkan tindakan tersebut sebagai bukti stamina luar biasa penyanyi tersebut.

“Saya terkesima sangat masa tengok ini sampai lupa nak merakam,” komen @Eizanna81.

“Hebatnya umur 40 lebih boleh melompat lagi. Saya dah sakit lutut, tak boleh nak lasak sangat sekarang,” komen @Lyndas24. – KOSMO! ONLINE

@ernienatorsmy.backup Lompatan m4ut tokti penuh mega di hadapan 65K sitizoners #sitinurhaliza #legacy30sitinurhaliza #memes #kesuma #fyp ♬ ウルトラマンのうた – ウルトラ☆オールスターズ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN