PETALING JAYA – Impian seorang wanita untuk menghadiri konsert Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi, tidak kesampaian apabila tiket dibeli sebenarnya adalah scam.
Menerusi hantaran video dimuat naik pengguna TikTok “@Unknowngirl24 memperlihatkan, dia sedang duduk di atas lantai sambil mendengar nyanyian suara Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dari luar SNBJ.
“Bersila kat luar saja lah. Mencari orang yang senasib,” katanya pada kapsyen video berkenaan.
Menerusi ruangan komen, wanita itu mendakwa, dia membeli tiket daripada individu yang menjualnya pada akaun Thread.
“Beli kat Thread. Pertama kali pergi konsert, percaya sebab scammer tu main nama Allah. Harga sama je (dengan tiket sebenar),” katanya.
Menerusi ruangan komen, peminat Siti Nurhaliza yang menghadiri konsert tersebut turut bersimpati dengannya selain berkongsi gambar beliau sedang menyanyi di dalam SNBJ.
“Beraninya dia sumpah atas nama Allah sedangkan dia menipu. Ngerinya, tertanya juga apa akan jadi kat dia,” komen pengguna TikTok @Zulhilmi.
“Cuma nak kongsi, beli apa-apa biar bersemuka zaman sekarang. Nak transfer tu biar pada orang yang sama depan kita. Elakkan transfer pada orang yang kita tak pernah jumpa. Beli baju raya scam, sewa rumah scam, beli telefon scam, emas scam. Hati-hati ya adik-adik sayang,” kata @Kakak Blind.
“Kasihannya. Saya pun jual tiket sebab saya ‘upgrade’ tiket. Lepas tu orang tu dah kena scam sebelum ni. Takut-takut dia nak buat bayaran. Saya cakap, kalau awak takut, datang lah rumah saya dekat saja dengan stadium. Nanti kita pergi sama-sama, terus dia yakin,” komen Cilott. – KOSMO! ONLINE
@unknowngirl24__ bersila kat luar jelah .. mencari orang yang senasib 🥲 #menamakanmucinta #legacy30sitinurhaliza #CUCKOOxLegacy30 #Legacy30SitiNurhaliza #stadiumnasionalbukitjalil ♬ original sound – unknowngirl24__














