fbpx
Keadaan lori dan yang bertembung dengan lori di KM 1.0 Lebuh Raya Utara - Selatan dari Ipoh menghala ke Rawang, awal pagi tadi.

Trafik sesak 5km di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan) dilaporkan sesak teruk sepanjang lima kilometer akibat kemalangan antara sebuah bas ekspres dan lori tiga tan, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran Plus Trafik, setakat pukul 7.56 pagi tadi, semua lorong dilaporkan terhalang oleh bas dan lori tersebut menyebabkan trafik tidak bergerak.

Plus Trafik berkata, trafik di lebuh raya yang sama namun arah utara juga dilaporkan perlahan sepanjang dua kilometer ekoran kenderaan dilencongkan untuk membuat pusingan U.

“Lorong kanan dan tengah arah utara ditutup. Trafik perlahan dua kilometer.

“Rancang perjalanan anda. Keluar di Plaza Tol Bukit Beruntung untuk kenderaan berat dan keluar di Plaza Tol Sungai Buaya bagi kenderaan ringan,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 42 penumpang bas ekspres mengalami detik cemas selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung lori di KM 1.0 Lebuh Raya Utara-Selatan dari Ipoh menghala ke Rawang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, setakat pukul 6.33 pagi tadi, seramai 38 mangsa berjaya keluar, manakala empat lagi tersepit.

“Bagaimanapun, yang terkini tiga mangsa di dalam bas berjaya dikeluarkan manakala satu mangsa lagi masih tersepit. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pada awal kejadian, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.24 pagi sebelum menggerakkan seramai lapan anggota beserta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang.

Ujarnya, setibanya di lokasi, terdapat lima mangsa tersepit termasuk seorang pemandu lori sebelum kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN