fbpx
Anggota bomba ketika berusaha mengeluarkan mangsa terakhir yang terlibat dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan lori tiga tan di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan), awal pagi tadi. Foto JBPM SELANGOR.

Tiga jam tersepit dalam bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang penumpang terpaksa menahan kesakitan kira-kira tiga jam selepas tersepit dalam bas ekspres yang dinaikinya, susulan kemalangan dengan sebuah lori tiga tan di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, anggota mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan struktur pembahagi jalan menghimpit kaki.

“Mangsa lelaki warga tempatan berusia 50-an bagaimanapun berjaya dikeluarkan pada pukul 8.53 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ahmad Mukhlis berkata, pada awal kejadian, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.24 pagi sebelum menggerakkan seramai lapan anggota beserta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang.

Ujarnya, setibanya di lokasi, terdapat lima mangsa tersepit termasuk seorang pemandu lori sebelum kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan.

Beliau berkata, mangsa pertama wanita dikeluarkan pada pukul 6.06 diikuti dengan mangsa kedua lelaki diselamatkan pukul 6.08.

“Pada pukul 6.10 mangsa wanita juga dikeluarkan, kemudian pemandu lori dikeluarkan pada pukul 6.15.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan adalah 15 orang, empat daripadanya di dalam zon kuning, manakala tiga lagi di zon merah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI