fbpx
Anggota bomba ketika membawa mangsa keluar dari kawasan Sungai Kedondong untuk diserahkan kepada pihak polis. Foto JBPM SELANGOR

Penuntut UPSI lemas ketika cuba selamatkan rakan di Sungai Kedondong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Kegembiraan sekumpulan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika bermandi-manda berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas di Sungai Kedondong, Batang Kali, di sini hari ini.

Mangsa, S. Theivanehsan, 25, disahkan maut selepas hanyut dibawa air deras ketika cuba menyelamatkan rakan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.46 petang.

Katanya, seramai enam anggota beserta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Maklumat daripada saksi kejadian, mangsa yang lemas cuba menyelamatkan rakan namun dibawa hanyut air deras,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Ahmad Mukhlis, mangsa ditemui 10 meter dari tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN