fbpx
HAMILTON mahu melupakan kekecewaan musim lalu menyaksikan dia menamatkan kempen tanpa sebarang podium. - AFP

Hamilton tekad bangkit mengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton berharap dapat menampilkan aksi lebih baik bersama Ferrari menjelang saingan musim baharu Formula Satu (F1) yang akan bermula pada Mac depan.

Pelumba berusia 41 tahun itu mengharungi kempen cukup mengecewakan sepanjang musim lalu apabila buat kali pertama dalam karier, dia gagal untuk menjejakkan kaki ke pentas podium.

Hamilton mengakui lega kerana saingan 2025 sudah pun melabuhkan tirainya dan dia berpeluang untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum kembali memberikan sepenuh fokus terhadap aksi 2026.

“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat berehat selepas aksi musim lalu berakhir. Sekarang masa untuk mencari ketenangan, berehat dan bersama keluarga selepas satu tahun yang memenatkan.

“Saya fikir sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan. Mungkin saya perlu memulakan rutin baharu, meninggalkan perkara-perkara negatif selain bekerja keras untuk memperbaiki diri,” katanya.

Pada musim lalu, Hamilton sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas mengumpul 156 mata, jauh berbeza jika dibandingkan dengan rakan sepasukan, Charles Leclerc di tangga kelima dengan 242 mata.

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang saingan musim lalu dan sudah banyak saya belajar. sokongan anda membuatkan saya rasa tidak keseorangan dan mahu meneruskan perjuangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI