fbpx
Gambar hiasan.

Dua kanak-kanak nyaris lemas mandi kolam kondo, seorang di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Keriangan dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan mandi di kolam renang sebuah kondominium di Bayan Baru, di sini berakhir dengan episod duka apabila mereka dimasukkan ke hospital selepas nyaris lemas semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab. Wahab berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian melibatkan mangsa berusia tujuh tahun itu pada pukul 9 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati dua kanak-kanak itu dipercayai berada kolam renang bersama ibu saudara mereka.

”Pengadu memaklumkan menerima panggilan daripada adiknya yang menyatakan anak perempuan dan anak saudaranya ditemui tidak sedarkan diri di tepi kolam renang kondominium,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pengadu kemudian membawa dua kanak-kanak itu ke hospital swasta di Bayan Baru sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Menurut Anuwal, pemeriksaan di lokasi mendapati kejadian berlaku di kolam renang tingkat 42 dan tiada petugas di lokasi ketika kejadian.

”Semakan terhadap rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati ibu saudara mangsa membawa dua kanak-kanak itu ke kolam renang pada pukul 8.30 pagi. Rakaman menunjukkan mangsa berjalan dari kolam kanak-kanak ke kolam dewasa sebelum ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam,” ujarnya.

Tambahnya, pengadu dan keluarganya menginap homestay di kondominium tersebut sejak Jumaat lalu sempena percutian keluarga dan dijadualkan pulang hari ini.

Setakat ini, katanya, seorang mangsa masih kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, manakala seorang lagi menerima rawatan di Wad Kanak-Kanak HPP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI