fbpx
GAMBAR fail sebuah pesawat penumpang T'Way. - Foto T'Way

Beg tangan berasap, ‘power bank’ terbakar dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Lapan orang dikejarkan ke hospital selepas ‘power bank’ atau pengecas mudah alih terbakar dalam pesawat syarikat penerbangan T’way Air dari China ke Korea Selatan pada awal pagi semalam, lapor laman berita MSNews.

Semasa penerbangan, asap mula keluar daripada beg tangan seorang penumpang yang duduk berhampiran bahagian hadapan kabin.

Syarikat itu berkata, kru kabin segera mengeluarkan alat pengecas tersebut dan mengikuti protokol kecemasan dengan merendamnya di dalam air.

Pesawat yang membawa enam kru dan 32 penumpang itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheongju, Chungcheongbuk-do pada pukul 6.37 pagi (waktu tempatan), kira-kira 40 minit lebih awal daripada waktu ketibaan yang dijadualkan.

Selepas pendaratan, lapan individu termasuk lima penumpang dan tiga pramugari dibawa ke hospital berhampiran kerana terhidu asap.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan menyatakan bahawa mereka akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI