fbpx
Gambar menunjukkan poster yang dimuat naik oleh PHM di laman media sosial.

Awas! Resit boleh menyebabkan kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan yang kelihatan biasa seperti mengambil resit selepas menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) sebenarnya boleh mengundang risiko kesihatan.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), tabiat memegang resit sejurus selepas menggunakan hand sanitizer atau losen boleh membuka laluan lebih besar kepada bahan kimia berbahaya untuk diserap ke dalam tubuh manusia.

PHM menjelaskan, kebanyakan resit pembayaran diperbuat daripada kertas terma (thermal paper) yang disalut bahan kimia Bisphenol A (BPA) bagi membolehkan tulisan terhasil apabila terdedah kepada haba.

“BPA pada resit ini tidak terikat kuat pada kertas. Ia mudah berpindah ke kulit apabila disentuh, lebih-lebih lagi jika tangan berada dalam keadaan beralkohol atau berminyak,” menurut kenyataan itu.

Tambah PHM, kajian Universiti Missouri mendapati penyerapan BPA ke dalam tubuh boleh berlaku sehingga 100 kali ganda lebih pantas apabila kulit kehilangan lapisan minyak semula jadi akibat penggunaan sanitizer atau losen, sekali gus menyebabkan liang roma menjadi lebih terbuka.

Dalam jangka masa panjang, pendedahan berulang kepada BPA berisiko menjejaskan kesihatan kerana bahan tersebut tergolong sebagai endocrine disruptor atau pengganggu hormon yang boleh menyerupai hormon estrogen dalam badan.

Antara kesan yang dibimbangi termasuk gangguan kesuburan, peningkatan risiko obesiti dan diabetes, serta kanser berkaitan hormon seperti kanser payudara dan prostat.

Sehubungan itu, PHM menasihatkan orang ramai supaya menolak resit jika tidak diperlukan, meminta e-resit, mencuci tangan selepas memegang resit serta tidak menyimpan resit bersama wang kertas di dalam dompet bagi mengelakkan pencemaran silang.

Orang ramai turut diingatkan agar tidak menyimpan resit lama di dalam poket seluar atau dompet kerana pendedahan berpanjangan boleh meningkatkan risiko penyerapan bahan kimia ke kawasan sensitif badan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI