fbpx
TENTERA AS menyerang sebuah lokasi di Syria kelmarin. - Foto AFP

AS lancar serangan di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DAMSYIK – Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam melancarkan satu lagi serangan besar-besaran terhadap kumpulan Daesh di Syria susulan kematian tiga rakyat Amerika bulan lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut Pusat Perintah Amerika (CENTCOM) yang menyelia operasi di Asia Barat, beberapa serangan ke atas pelbagai sasaran Daesh di Syria telah dilancarkan.

 “Serangan hari ini (semalam) menyasarkan ISIS (Daesh) di seluruh Syria sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk membanteras keganasan terhadap anggota tentera kami, mencegah serangan masa depan dan melindungi pasukan Amerika serta rakan sekutu di rantau ini.

“Mesej kami kekal tegas. Jika anda mencederakan anggota tentera kami, kami akan mencari dan membunuh anda di mana sahaja di dunia, tidak kira sejauh mana anda cuba melarikan diri daripada keadilan,” kata CENTCOM dalam satu kenyataan.

Tiga jam selepas serangan itu, Presiden Donald Trump menulis di laman sosial miliknya, Truth Social yang menyatakan: “AS ialah negara paling hebat dan paling berjaya di mana-mana sahaja di dunia.

Serangan tersebut berlaku selepas Wakil Khas AS ke Syria, Tom Barrack bertemu Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, Menteri Luar, Asaad al-Shaibani dan ahli pasukan mereka di Damsyik bagi membincangkan perkembangan terkini di Aleppo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN