fbpx
Gambar hiasan.

[VIDEO] Harimau mengaum kuat di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bunyi ngauman harimau yang dipercayai kedengaran berhampiran Taman Rekreasi Ujana Muallim, Proton City, Tanjung Malim, Perak mencetuskan kebimbangan ramai.

Menerusi perkongsian video di media sosial, kedengaran bunyi ngauman yang didakwa datang dari kawasan hutan berhampiran sebuah sekolah menengah dan kawasan perumahan.

Susulan itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengambil langkah segera menjalankan siasatan di lokasi berkenaan bagi menilai situasi dan tahap keselamat kawasan tersebut.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk dan pengguna media sosial yang rata-rata risau dengan keselamatan ramai dan penduduk sekitar.

“Hati-hati penghuni Proton City. Tambah pula sekolah ada budak-budak. Tepi sekolah hutan sawit saja,” komen Samsul Mazlan.

“Situ memang tempatnya. Sebelum ada Proton City orang panggil maju ternak. Jabatan haiwan selalu saja jumpa ‘Pak Belang’,” kata Nor Din.

“Kalau betul ada harimau di kawasan situ harap bertindak cepat. Risau anak-anak di kawasan sekolah berdekatan situ,” komen Fadz Zulkarnain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN