fbpx
PELAKON Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain kini banyak diundang secara berpakej sama ada untuk menjayakan sesebuah acara hiburam atau pelancaran jenama komersial. - ISKANDAR ISHAK

‘Seronok juga bekerja berdua, mereka mahu vibe pengantin baharu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rezeki pengantin baharu, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui banyak diajukan tawaran pekerjaan pakej bersama suaminya, Ezwan Zain sejak mereka mendirikan rumah tangga hampir sebulan lalu.

Erra atau nama lengkapnya, Fazira Wan Chek, 53, berkata mereka teruja untuk menggalas tugasan diamanahkan secara bersama-sama, sekali gus menyifatkan kerjasama sedemikian juga memberi lebih ruang untuk mereka lebih memahami satu sama lain.

“Memang saya akui kebelakangan ini banyak jemputan membabitkan kami berdua. Mungkin sebab vibes (aura) pengantin baharu. Seronok juga bekerja berdua.

“Saya pun tiada masalah kerana suami faham cara kerja saya. Setakat ini ada beberapa tawaran melibatkan kemunculan kami. Mr. E pun okey sahaja.

“Bagus juga begini, boleh habiskan masa. Dapat lebih memahami pasangan kata orang,” katanya selepas majlis pelancaran premis pertama Cluck’n Cone di Jalan Changkat, Bukit Bintang, semalam.

Primadona Filem Melayu Alaf Baharu bersama suaminya yang selesa disapa Mr. E itu diundang khas bagi menyempurnakan pelancaran kiosk makanan tersebut.

Ditanya sama ada menetapkan syarat tertentu, kata Erra dia tidak pernah meminta penganjur atau pemilik perniagaan untuk wajib menggunakan khidmat mereka secara pakej.

Sebaliknya, itu kehendak pihak serta permintaan syarikat yang melantik mereka atas kriteria pilihan masing-masing.

“Macam saya katakan, mungkin mereka (peniaga) mahukan ‘vibes’ pengantin baharu. Jadi mereka ambil khidmat kami berdua.

“Sebenarnya banyak juga permintaan untuk kami bekerjasama. Tiada syarat tertentu seperti wajib ambil saya dengan suami. Syaratnya cuma kena dua-dua bersetuju tanpa paksaan.

“Kalau kolaborasi kami berdua memberi manfaat kepada pihak lain, rasanya tak salah dan kami pun gembira penuhi permintaan. Saya pula ada juga muncul seorang,” ujarnya.

Pada masa sama, bintang filem Sembilu itu melihat pembabitan dalam mempromosi sesebuah produk sebagai sokongan terhadap usahawan tempatan khusus bumiputera.

“Ini sebenarnya kami juga teruja dapat menyokong usahawan dan produk lokal. Apa pun saya tanyakan dulu pada suami sebelum setuju terima,” katanya yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama beberapa hari lalu.

Terdahulu, Erra sah bergelar isteri kepada usahawan kuih itu pada 12 Disember 2025 di selepas lebih setahun saling mengenali hati budi masing-masing.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI