fbpx
Semua lapan tayar pesawat Boeing 767 itu meletup semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson. - 11Alive

Semua 8 tayar Boeing meletup semasa mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA, GEORGIA – Penumpang sebuah pesawat Boeing 767 berdepan detik cemas apabila semua lapan tayarnya meletup semasa mendarat di sebuah lapangan terbang di negeri Georgia, lapor saluran berita FOX News. 

Kemalangan itu melibatkan Penerbngan  2482 di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta baru-baru ini.

Pesawat milik syarikat penerbangan LATAM itu membawa 221 penumpang dan berlepas dari ibu negara Peru, Lima.

Seorang pakar penerbangan berkata, insiden dianggap luar biasa itu dipercayai berpunca daripada kerosakan sistem brek automatik pesawat dan bukan disebabkan pendaratan yang keras. 

Seorang kakitangan lapangan terbang berkata, dia mendengar beberapa bunyi dentuman dan melihat asap tebal ketika tayar pesawat itu menyentuh landasan. 

“Salah seorang petugas operasi lapangan terbang memberitahu kami bahawa pesawat itu mendarat dengan begitu keras sehingga semua tayarnya meletup,” katanya. 

Tiada kecederaan dilaporkan, namun semua penumpang terkandas di landasan selama dua jam sebelum dibawa ke terminal dengan menaiki bas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN