fbpx
Gambar hiasan

PDRM umum pertukaran 6 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya berkuat kuasa 9 Februari ini.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Polis Abdul Rahman Kassim berkata, pertukaran itu menyaksikan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/ Pencegahan/ Kepolisian Am) dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zaki Azhar dilantik sebagai Komander Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan dan Siasatan Khas, Bahagian Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Tempat Mohd Zaki itu kemudian diisi oleh Senior Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin Hilmi yang sebelum itu Komander Biro Jenayah Hidupan Liar / Perisikan dan Siasatan Khas, Bahagian Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

“Selain itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari pula akan dilantik sebagai Urus Setia, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

“Asisten Komisioner Basri Sagoni pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul daripada Urus Setia, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelencungan/Hartanah), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rahiman Abdullah @ Yacob pula dilantik sebagai Penolong Pengarah (Urus Tadbir), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

“Asisten Komisionar Gurbinder J Singh Mann yang menyandang jawatan Penolong Pengarah (Urus Tadbir), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman akan mengisi tempat Rahiman,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI