fbpx
Muhammad Hafidz menceritakan pengalamannya cuba menyelamatkan Muhammad Zarif yang dihanyutkan ombak besar di Kampung Sauh, Kampung Pengkalan Atap, Kuala Nerus hari ini.

Nelayan hampir lemas mahu selamatkan Zarif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang nelayan terkilan tidak dapat menyelamatkan Muhammad Zarif Mohd. Hazahari, 5, yang ditarik ombak besar di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap di sini semalam.

Muhammad Hafidz Mokhtar, 34, berkata, dia dan dua rakannya yang sedang berehat di sebuah pangkin di tepi pantai segera berlari menghulurkan bantuan sebaik mendengar jeritan ibu saudara mangsa, Siti Nurul Aina Sahirah Ismail, 31, meminta pertolongan.

Katanya, dia dan dua kawan segera mencari tali sebelum memasuki laut untuk menyelamatkan Siti Nurul Aina Sahirah, anaknya, Muhammad Darwish Uwais, 7, dan Muhammad Zarif yang ketika itu tenggelam timbul di permukaan air.

“Ibu saudara (Siti Nurul Aina Sahirah) dan anaknya (Muhammad Darwish Uwais) berjaya diselamatkan namun Muhammad Zarif berada agak jauh kira-kira 50 meter di hadapan.

“Kami tidak mampu lagi mara ke depan berikutan gelombang terlampau besar sehingga menyebabkan diri sendiri hampir lemas berikutan hidung dimasuki air laut dan pasir,” katanya ketika ditemui di Pantai Sauh di sini hari ini.

Terdahulu, Muhammad Zarif dikhuatiri lemas setelah dibawa arus laut ekoran dipukul ombak besar sewaktu sedang membasuh kaki di Pantai Sauh di sini pada pukul 6.32 petang kelmarin.

Muhammad Hafidz berkata, dia dapat tangan Muhammad Zarif terkapai-kapai dihanyut air laut namun tidak mampu menyelamatkannya.

Katanya, tangan budak lima tahun itu berhenti bergerak kira-kira lima minit kemudiannya sebelum jasadnya terus dihanyutkan arus laut ke arah Merang, Setiu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI