PETALING JAYA – Biarpun lebih sebulan banjir besar melanda Aceh, keadaan di rumah penduduk banyak yang tidak berubah apabila masih dipenuhi lumpur tebal. Sukarelawan Malaysia, Nur Zata Hananin Saarani sewaktu melakukan misi di daerah Aceh Tamiang berkata, malah ada penduduk masih tinggal di dalam khemah memandangkan rumah mereka tidak boleh didiami selain hanyut dibawa air banjir. “Jika dibandingkan dengan pascabanjir di Malaysia, penduduk sudah pulang dan bersihkan rumah. Sebaliknya di Aceh Tamiang, rumah pun belum dibersihkan walaupun dah sebulan lebih……














