fbpx
PENYERANG Liverpool, Cody Gakpo (kanan) gagal melepaskan rembatan tepat ketika menentang Arsenal dalam aksi EPL awal pagi semalam. - AFP

Liverpool boleh lupakan gelaran EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Misi Liverpool untuk pertahankan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin sukar apabila ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal selepas seri tanpa jaringan di Stadium Emirates, awal pagi semalam.

Pengurus The Reds, Arne Slot mengakui anak-anak buahnya sudah memberikan yang terbaik untuk menguasai perlawanan tetapi tuah tidak memihak pasukan dalam misi mencuri tiga mata penuh daripada calon juara itu.

Kata Slot, penyudah tumpul masih lagi menjadi konflik besar buat pasukan sehingga bergelut untuk melakar kemenangan.

“Dengan semua penguasaan bola itu, anda berharap barisan pemain dapat mencipta lebih banyak peluang.

“Inilah masalah yang kami hadapi musim ini apabila kami boleh menguasai permainan tetapi bergelut dalam beberapa aspek seperti situasi set piece dan hantaran tepat pada saat yang penting. Jujurnya kami belum capai tahap pasukan (utama) yang lain,” katanya.

Sementara itu, Slot turut kecewa apabila nasib malang menimpa pemain pertahanan, Conor Bradley yang mengalami kecederaan serius pada penghujung saingan dan berkemungkinan besar terlepas baki musim ini.

“Kecederaan Bradley nampak teruk dan saya agak bimbang. Kita harap situasi itu tidak serius, tetapi kita sedia dengan segala kemungkinan,” kata pengendali dari Belanda itu.

Sebagai rekod, Liverpool yang kini di tangga keempat dengan 35 mata, kini merekodkan tiga keputusan seri berturut-turut selepas terdahulu diikat Leeds United dan Fulham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN