fbpx
Kerja-kerja tampalan jalan berlubang yang dijalankan di laluan sementara Projek LTU dekat Taman Wangi, Gua Musang malam tadi. FOTO FACEBOOK MOHD. SYAHBUDDIN

40 lubang ‘congkak puaka’ dekat LTU Gua Musang ditampal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Lebih 40 kawasan berlubang di laluan sementara Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3BC dekat Taman Wangi di sini sudah ditampal malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, tindakan segera itu dilakukan kerana laluan itu dijangka sesak dengan kenderaan sempena pembukaan sesi persekolahan.

“Kerja-kerja tampalan dilakukan bermula kira-kira pukul 10 malam. Aliran trafik dijangka sesak apabila anak-anak tahun satu dan tingkatan satu mula mendaftar. Saya minta tolong kontraktor 3D untuk tampal segera lubang-lubang puaka depan jalan Taman Wangi.

“Terima kasih pihak konsensi Roadcare (M) Sdn. Bhd. dan Jabatan Kerja Raya (JKR) LTU. Lebih 40 lubang ditutup malam ini (tadi). Nampaknya semua letih, tetapi tanggungjawab mesti ditunaikan,” katanya.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, isu kerosakan jalan dekat Taman Wangi bukan masalah baharu, sebaliknya sudah berlarutan sejak bertahun lamanya tanpa penyelesaian muktamad.

Katanya, jalan tersebut mengalami kerosakan yang sama apabila hanya ditampal sementara sebelum kembali rosak dalam tempoh singkat, sekali gus membahayakan keselamatan pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI