fbpx
FAN JING (tengah) bersama kepimpinan Haier Malaysia menunjukkan mesin basuh tiga dram terbaharu di Shah Alam.

Jualan produk Haier meningkat 11% tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Jualan produk syarikat peralatan eletrik, Haier Group Corporation (Haier) dalam pelbagai segmen di negara ini memperlihatkan peningkatan memberangsangkan tahun lalu.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata, jualan peti ais, televisyen, penghawa dingin dan mesin basuh meningkat di antara tiga dan 36 peratus berbanding tahun 2024.

“Walaupun jualan barangan elektrik domestik secara keseluruhan turun 3.2 peratus, syarikat ini masih mampu mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 11 peratus pada 2025.

“Dalam masa sama, kami tidak akan duduk selesa sebaliknya akan terus mencipta peralatan elektrik yang lebih canggih untuk pelanggan kami,” katanya ketika majlis pelancaran produk terbaru Haier 2026 di sini semalam.

Pada acara tersebut, Haier Malaysia memperkenalkan produk peti ais, televisyen, penghawa dingin dan mesin basuh baharu yang menggunakan teknologi terkini.

Antaranya mesin basuh pelbagai cucian tiga dram, dengan tiga ruangan basuhan yang boleh mencuci pakaian di tiga ruang secara serentak.

“Ia merupakan model pertama diperkenalkan di negara ini. Pembasuhan secara serentak dapat menjimatkan penggunaan air, di samping meningkatkan tahap cucian.

“Selain itu, kami turut memperkenalkan penyaman udara UV Cool AI Voice yang mana segala kawalan ke atas penghawa dingin itu dibuat hanya menggunakan suara,” ujarnya.

Bercakap mengenai strategi meningkatkan jualan, Fan Jing berkata, Haier akan memperhebatkan promosi produk di platform media sosial serta jualan secara fizikal.

Beliau menyasarkan pertumbuhan jualan kesemua produk Haier sehingga 37 peratus menjelang akhir tahun ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI