JELEBU – Penduduk Kampung Kemin Tanjung Kuala Klawang gempar selepas seekor harimau dipercayai memasuki kawasan kampung dan dilihat berkeliaran berhampiran rumah penduduk, malam semalam.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 9.50 malam dan tular di media sosial menerusi akaun TikTok @Nrl.Atikaa.
Pemilik akaun berkenaan mendakwa harimau tersebut dilihat lalu di hadapan pintu rumahnya, namun keadaan terkawal kerana pintu rumah berkunci ketika itu.
Penduduk juga mendakwa sebelum ini terdapat jiran yang melihat haiwan berkenaan menangkap kucing, namun kejadian itu tidak sempat dirakam.
“Hari ini sahaja harimau itu datang sebanyak dua kali,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa berkaitan telah memasang beberapa perangkap di sekitar kawasan kampung bagi menjejaki haiwan liar tersebut, namun setakat ini masih belum berjaya menangkapnya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima aduan dan maklumat dari video yang tular di media sosial.
“Sekiranya penduduk ada terlihat kelibat atau ternampak harimau kumbang mohon terus membuat aduan kepada Perhilitan dengan segera,”katanya.-KOSMO! ONLINE
@nrlatikaaaaaa #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #harimaukumbang #fyp ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa














