fbpx
Ahmad (tengah) bersama Amirul (kanan) dan Sheikh Khairul Anwar bergambar di hadapan kereta Honda Civic Type R FL5 yang sebagai hadiah cabutan utama Honda Nation 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.

ECW taja Honda Civic bernilai RM250,000 kepada pemenang cabutan bertuah Honda Nation 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pengedar dan pembekal kereta import terpakai, ECW Motorsports tampil sebagai rakan kongsi strategik Honda Nation 2026 untuk menganjurkan acara permotoran berskala besar yang dijangka menghimpunkan lebih 30,000 pengunjung di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Kehadiran jenama yang semakin kukuh dalam landskap automotif tempatan itu sebagai penaja utama turut melakar sejarah tersendiri apabila menaja sebuah Honda Civic Type R FL5 bernilai RM250,000 sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

Langkah tersebut menjadikan ECW Motorsports antara syarikat tempatan terawal mempertaruhkan sebuah jentera berprestasi tinggi sebagai hadiah, di samping pelbagai hadiah eksklusif lain yang pastinya menjadi rebutan para peserta serta pengunjung.

Pengarah Urusan ECW Motorsports, Ahmad Ibrahim berkata, kerjasama strategik bersama Honda Nation ini bukan sekadar sebuah acara, malah satu platform penting untuk menyatukan komuniti automotif dan peminat Honda dari seluruh negara.

Beliau berkata, ia turut mengukuhkan kedudukan ECW Motorsports sebagai jenama yang bukan sahaja menjual kenderaan, tetapi aktif menyokong budaya dan gaya hidup automotif berprestij.

“Tercetusnya idea untuk beri Honda FL5 ini kerana saya nak buat satu fenomena. Sebab sebelum ini belum ada penaja beri hadiah Honda Civic Type R FL5, jadi ini khas untuk Honda Nation 2026.

“Selain itu, model ini juga tular ketika ini dan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli dan peminat Honda.

“Jadi saya rasa berbesar hati untuk beri jentera ini dan supaya nama ECW Motorsports menjadi tempat untuk orang membeli Honda FL5 pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui  selepas majlis memperkenalkan penaja Honda Nation 2025 di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Operasi ECW Motorsports, Amirul Akmar dan Pengurus Jualan ECW Motorsports, Sheikh Khairul Anwar serta pengurusan utama Honda Nation, Muhammad Syamim Zulkifli, Shah Affendi Saripuddin dan Nazrul Hakim Abd Majid.

ECW Motorsports yang ditubuhkan pada tahun 2019 bermula sebagai sebuah bengkel kecil di Kajang.

Seiring dengan usaha, dedikasi dan kepercayaan pelanggan, ECW Motorsports kini berkembang pesat menjadi sebuah syarikat automotif 4S yang lengkap.

Pencapaian syarikat diperkukuhkan lagi apabila ECW Motorsports berjaya memperoleh Permit AP pada tahun 2024, sekali gus mengangkat jenama ini sebagai pengedar dan pembekal kereta import terpakai yang diyakini serta dipercayai.

Sementara itu mengenai Honda Nation 2026, ia adalah acara  julung kali diadakan  di North Paddock, Litar Antarabangsa Sepang bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam Sabtu.

Program anjuran S&H Event Automotive & Entertainment itu bakal menghimpunkan peminat kereta Honda,  bermula daripada penggemar ‘stock’, modifikasi sehingga kepada prestasi jentera serta budaya automotif.

Justeru Ahmad menyeru, para pemilik Honda dan peminat kenderaan untuk membanjiri Honda Nation kerana ia merupakan acara automotif yang paling besar di Sepang.

 

“Bukan sekadar Honda FL5 sebagai hadiah utama, penganjur menyediakan pelbagai lagi acara menarik termasuk ‘track day’ dan pameran kenderaan. Jadi semua orang boleh datang bawa keluarga berseronok sempena Honda Nation ini,” katanya.

Honda Nation 2026 tertumpu dan memberi fokus kepada perhimpunan dan pameran serta perayaan semangat Honda, bukan bilik pameran jual kereta biasa.

Para pengunjung juga berpeluang berkongsi pengalaman dengan pemilik Honda dan membina rangkaian sesama kenalan baharu, selain mengunjungi 30 reruai yang memasarkan pelbagai aksesori kenderaan, jualan merchandise, makanan serta minuman.

Bagi mencerahkan peluang untuk memenangi hadiah utama, Honda FL5 serta barangan eksklusif lain para pengunjung perlu membeli ‘merchandise’ di gerai pameran yang disediakan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN