fbpx
Dr. Muhammad Akmal

Dr. Akmal bakal umum kedudukan dalam UMNO pada PAU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengesahkan akan mengumumkan kedudukannya dalam parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu hadapan, selari dengan komitmen untuk terus membawa suara akar umbi ke peringkat tertinggi parti.

Beliau berkata, pendirian dan hala tuju yang bakal diumumkan itu bukan didorong oleh kepentingan jawatan atau pangkat, sebaliknya berpaksikan amanah serta sokongan rakyat yang menjadi asas kekuatan parti.

Menurut Muhamad Akmal, Pemuda UMNO sebelum ini telah menyuarakan pandangan orang awam dalam konvensyen, dan pendekatan sama akan diteruskan di PAU dengan membawa suara cawangan serta bahagian sebagai wakil akar umbi.

“Insya-Allah, kedudukan saya dalam parti dan kerajaan akan saya umumkan di dalam PAU minggu hadapan,” katanya.

Beliau menegaskan, kepimpinan dalam parti harus berani menyatakan kebenaran demi penyatuan agama dan bangsa, tanpa rasa takut kehilangan kedudukan.

“Bukan kerana jawatan dan pangkat kita menjadi pemimpin, tetapi kerana rakyat di bawah. Siapalah kita tanpa rakyat yang mengangkat kita pada hari ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI