fbpx
PAN-GON mengendalikan latihan Selangor menjelang aksi menentang Brunei malam ini. - SELANGOR FC

Debut Kim Pan-gon bersama Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AURA jurulatih baharu Selangor FC, Kim Pan-gon dijangka mencuri perhatian dalam misi membantu skuad Gergasi Merah kembali berada di landasan kemenangan pada aksi Liga Super menentang DPMM FC malam ini.

Aksi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu bakal menjadi penampilan debut Pan-gon kembali bersaing dalam kancah domestik buat kali pertama sejak 2024.

Peminat skuad Merah Kuning pastinya menanti formula pengendali dari Korea Selatan itu dalam usaha mencipta magis tersendiri selepas dipilih menggantikan posisi Christophe Gamel, Isnin lepas.

Pan-gon mengakui tugas untuk memimpin Gergasi Merah tidak mudah dan cuba untuk memberikan yang terbaik dalam baki saingan Liga Super musim ini.

“Saya amat menghargai kebanggaan yang mendalam dan sokongan penyokong Selangor FC, terutama di Stadium MBPJ sebelum ini yang juga memberi inspirasi kepada saya untuk ke sini.

“Pasukan akan berusaha menampilkan aksi berintensiti tinggi dan agresif bagi menghadiahkan sebanyak mungkin kemenangan kepada penyokong, seterusnya membangkitkan rasa bangga mereka terhadap kelab,” katanya.

Selain Pan-gon, Selangor dijangka turut menurunkan pemain import baharu, Mahame Siby bagi mengemudi jentera tengah pasukan ketika bertemu wakil Brunei nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI