fbpx
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai beratur untuk mengambil air dari lubang benam gergasi. - Instagram

Beratur ambil air lubang benam misteri 50 Kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di 50 Kota, wilayah Sumatera Barat memaparkan penduduk berpusu-pusu mengambil air dari sebuah lubang benam gergasi yang muncul secara misteri di kawasan sawah padi, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Nagari Situjuah Batua, daerah Situjuah Limo Nagari kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @payahkumbukini menunjukkan orang ramai beratur untuk mengambil air yang keluar dari lubang benam tersebut. 

Ada antara mereka sanggup membawa plastik dan botol mineral yang kosong untuk mengisi air jernih itu. 

Sebilangan pengunjung menjadikan air itu sebagai cenderamata bagi menandakan kunjungan mereka ke lokasi fenomena yang jarang berlaku. 

Pihak berkuasa yang bertugas di lokasi tersebut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak menghampiri kawasan lubang benam. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 619,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Sesat,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI