fbpx
PARA pemain Arsenal (jersi merah) menunjukkan reaksi kecewa gagal menyudahkan peluang terbaik untuk menjaringkan gol ke atas Liverpool. - AFP

Arsenal buang peluang keemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal kehilangan ‘magis’ selepas mensia-siakan peluang keemasan untuk mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila seri tanpa jaringan ketika bertemu Liverpool di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui kecewa apabila pasukannya hanya mampu meraih satu mata sekali gus gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri.

Menurut Arteta, kegagalan barisan pemain mencipta detik berinspirasi menjadi punca pasukan tidak mampu menembusi benteng pertahanan The Reds.

“Kami tahu jurang perbezaan dalam perlawanan berskala besar seperti ini sangat kecil.

“Separuh masa pertama kami banyak menguasai permainan dan mencipta beberapa situasi bahaya, tetapi gagal mencipta hantaran terakhir dengan penyudah tepat. Separuh masa kedua pula lebih sukar.

“Bila kamu tidak boleh menang, kamu tidak boleh kalah. Kami ada peluang untuk menghukum lawan tetapi kurang kualiti pada penghujungnya,” kata Arteta.

Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol menganggap pasukannya sudah lulus cabaran untuk mengharungi jadual padat selepas menang lima perlawanan daripada enam aksi sejak bulan lalu.

“Saya harus memuji pasukan atas apa yang mereka lalui sepanjang tempoh Krismas. Dengan segala isu yang kami hadapi, pemain berhak menerima pujian,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal gagal mengambil kesempatan untuk melebarkan jurang penguasaan di puncak dengan lapan mata, apabila kini hanya ketinggalan enam mata di belakang pencabar terdekat di tangga kedua, Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN