PEMINAT filem Bollywood akhirnya boleh menarik nafas lega apabila dua pelakon popular iaitu Akshay Kumar dan Rani Mukherji akhirnya akan digandingkan bersama dalam sebuah filem.
Kedua-dua pelakon itu sudah bergandingan dengan ramai pelakon popular, tetapi tidak pernah ‘disandingkan’ bersama dalam mana-mana naskhah.
Rani dilaporkan bakal membintangi filem OMG 3 di samping Akshay dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Sebelum ini ramai peminat tertanya-tanya mengapa dua nama besar ini tidak pernah digandingkan sebagai pasangan dalam mana-mana filem.
Khabarnya di awal kemunculan Rani, dia pernah ditawarkan berlakon di samping Akshay, namun menolak tawaran tersebut dengan alasan Akshay tidak cukup popular dan masih baru ketika itu.














