PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India yang membaca doa makan sebelum menjamah makanannya mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @vishnudevjb, kanak-kanak itu dilihat membaca doa makan yang katanya telah diajar guru sebelum bapanya membetulkan bacaan doanya.
“Doa sebelum makan. Teringat waktu saya tadika dulu,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang teruja dan turut mencadangkan untuk membaca doa sama ketika mencari tempat parkir.
“Jangan lupa baca masa nak cari parkir. Mak cik dan anak-anak selalu baca, mesti lepas itu dapat parkir,” komen Liyana Rahman.
“Patutlah sekarang sudah susah nak dapat parkir. Banyak persaingan sudah,” seloroh Naz.
“Haha comel saja. Ingatkan ayah nak marah, rupanya ayah dia pun ingat lagi doa makan. Boleh cuba juga kalau nak dapatkan parkir,” komen @proinspectdefects_utara – KOSMO! ONLINE
@vishnudevjb Doa sebelum makan 😂.. Remembered my tadika days.. #foryou ♬ original sound – Vishnu Dev














