PETALING JAYA – “Aku dilahirkan dari keluarga yang besar dan berpoligami dan miskin, jumlah anak 19 orang. Satu ja aku nak pesan, kalau tak mampu jangan beranak ramai”.
Itu pesanan seorang wanita terhadap pasangan yang bakal, atau sudah mendirikan rumah tangga mengenai kepentingan perancangan memiliki anak.
Menggunakan profil @Pavlovvar di media sosial, dia mengakui berpesan demikian berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui serta mendedahkan terkesan dengan keadaan tersebut.
“Sekarang kesannya, aku hadkan anak tiga (orang) ja walau suami mampu. Serik punya pasal. Sekian,” katanya.
Hantarannya itu mengundang perhatian orang ramai yang majoritinya bersetuju supaya perancangan keluarga diutamakan dalam memastikan kebajikan anak-anak terbela.
“Tak boleh fikir, sudah la miskin nak poligami. Kasihan anak-anak,” ujar seorang netizen.
“Setuju dengan awak dik. Alhamdullilah, awak pecahkan kitaran itu. Semoga bahagia hingga jannah,” ujar @Ct_Zuhaila.
“Utamakan kualiti dari kuantiti. Pengalaman hidup awak sungguh mahal. Insya-Allah hidup awak sentiasa dipermudah dan bahagia,” komen netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE














