fbpx
Gambar hiasan.

Projek Tentera Darat: Wang tunai, jongkong emas RM6.9 juta ditemui dalam SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai dalam pelbagai mata wang asing, jongkong emas serta sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestasi tinggi bernilai keseluruhan kira-kira RM6.9 juta susulan siasatan kes rasuah membabitkan tender perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

Menurut sumber, wang tunai yang disita melibatkan mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Pound Sterling, Yen Jepun dan Riyal Arab Saudi.

Sumber itu berkata, sitaan berkenaan dilakukan hasil pemeriksaan ke atas sebuah SUV berprestasi tinggi yang ditemui di sebuah bengkel di sekitar Lembah Klang, dipercayai ditinggalkan bagi tujuan pembaikan.

“Barang kemas yang disita membabitkan tiga unit jongkong emas 999 seberat satu kilogram setiap satu dengan nilai semasa kira-kira RM1.8 juta.

“Turut dirampas sembilan keping emas seberat 100 gram setiap satu dengan nilai semasa melebihi setengah juta ringgit, selain sebuah SUV berprestasi tinggi yang dianggarkan bernilai kira-kira RM360,000 dan dipercayai dibeli secara tunai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan rampasan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN