fbpx
Gambar hiasan.

Pembelian online meningkat, transaksi e-money cecah RM27 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETALING JAYA – Aktiviti pembayaran digital dan jualan dalam talian terus mengekalkan momentum pertumbuhan positif pada November 2025 dengan indeks jualan meningkat sebanyak 7.3 peratus tahun ke tahun, berbanding 8.7 peratus pada bulan sebelumnya.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, trend ini terus mencerminkan permintaan pengguna yang berterusan dalam segmen e-dagang.
Beliau berkata, aktiviti pembayaran digital turut mengekalkan momentum pertumbuhan pada bulan November, dengan transaksi e-money merekodkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 66.9 peratus kepada RM27.0 bilion, mencerminkan pilihan pengguna terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai.
Menerusi laporan Prestasi Perdagangan Borong & Runcit, November 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Real-time Retail Payments Platform (RPP) turut mengekalkan prestasi yang kukuh, dengan jumlah nilai transaksi mencecah RM322.6 bilion.
Transaksi FPX pula meningkat sebanyak 20.4 peratus kepada RM41.5 bilion, manakala transaksi kad kredit dan kad debit masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus dan 6.8 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN