fbpx
Gambar hiasan.

Pembancuh air mengaku noda adik angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pembancuh air di hentian rehat dan rawat (RnR) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas kesalahan merogol adik angkatnya, hujung tahun lalu.

Tertuduh berusia 21 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Berdasarkan pertuduhan, dia telah merogol adik angkatnya yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh bulan dengan tiada kerelaan kira-kira pukul 9.15 pagi di bilik sewa di R&R Nilai (arah Utara) pada 24 Disember tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun sehingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon satu tarikh baharu bagi menunggu laporan sosial serta menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan.

Rayuan tertuduh telah dibuat ibunya yang menangis dengan menjelaskan mereka tidak mampu membayar wang jaminan kerana dia hanya seorang suri rumah, manakala suaminya pula bekerja kilang.

Hakim menetapkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan agar tidak mendekati mangsa dan kes disebut semula pada 11 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI