fbpx
Pemandu Honda Jazz (tengah) direman empat hari bagi membantu siasatan kes kemalangan meragut nyawa Syakirah Hanan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Pemandu Honda Jazz langgar mati Syakirah direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan meragut nyawa pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Jalan Kemajuan di sini, pada 5 Januari lalu direman selama empat hari sehingga Isnin depan.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Yuhanis Mohd. Roslan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek lelaki berusia 32 tahun yang baru keluar dari wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) itu telah dibawa ke mahkamah dengan berpakaian lokap manakala tangan kanannya berbalut.

Reman dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! Selasa lalu melaporkan kereta Honda Jazz dipandu lelaki itu merempuh sebuah Perodua Viva sehingga menyebabkan kematian Syakirah Hanan Mazli, 32.

Nahas di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan pada pukul 1.35 tengah hari tersebut turut mengakibatkan suspek patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal percaya memecut laju kenderaannya selepas mencuri dompet dari sebuah kereta Honda City yang diletakkan berhampiran Wisma Darul Iman di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI